PERBEZAAN WAX DAN POLISH


Wax dan polish adalah antara salah satu produk untuk penjagaan kereta, terdapat banyak jenis langkah yang kita boleh ambil untuk perlindungan kereta. Semua jenis produk ini dapat membantu untuk menjaga cat kereta. Anda boleh menjalankan kedua-dua langkah penjagaan cat kereta seperti Wax dan polish ini dengan menetapkan jadual bulanan dirumah anda. Kereta anda akan kelihatan cantik dan mempersonakan. Jika anda sentiasa lakukan kerja-kerja meng’wax dan mem’polish’ kereta anda, kereta anda akan nampak seperti baru!
POLISH KERETA
Polish kereta hendaklah dilakukan sebelum anda wax kereta, polish menghilangkan segala jenis kotoran dan kerosakan yang ada pada body kereta seperti kesan minyak, gris, lecah tanah, calar yang tidak dapat dihilangkan dengan membasuh secara biasa.
Terdapat pelbagai jenis bentuk polish seperti berbentuk krim, cecair, dan semburan yang mengandungi bahan pelarut yang akan menghilangkan kotoran untuk menjadikan cat bersinar.
Polish berbeza dari wax kerana polish akan mengeluarkan kotoran tetapi tidak akan memberikan sebarang perlindungan pada sesuatu permukaan. Ia digunakan sebelum waxing dan anda perlu menggunakan dalam kuantiti yang banyak pada kain untuk menggilap. Anda perlu menggilap menggunakan pergerakan bulatan atau anda juga boleh menggunakan mesin polish.Perlu diingatkan, nda perlu berhati-hati kerana jika anda menggosok terlalu banyak dan kuat, ia menyebabkan banyak cat yang terhakis dan mendedahkan lapisan cat utama atau undercoat.
WAX KERETA
Wax kereta digunakan selepas membasuh dan polish kereta untuk menambahkan lapisan berkilat pada kereta serta memberi lapisan perlindungan. Ia adalah sejenis pelindung cat. Sekiranya terdapat sebarang kotoran atau kerosakan pada cat, maka wax akan lindungi cat kereta. Wax akan melindungi kereta anda dari sinaran UV dan akan mencegah pencemaran dan habuk lain daripada merosakkan kereta anda. Ia juga mengurangkan kelembapan yang bersentuhan dengan cat, kerana air menyebabkan kehakisan.
Ramai orang beranggapan bahawa wax boleh merosakkan kereta, tetapi tidak jika anda menggunakan wax berkualiti yang mengandungi bahan-bahan terjamin kualitinya. Menggunakan wax sebenarnya akan menambahkan usia cat kereta anda dan boleh menjadi sangat berbaloi. Anda boleh menggunakan wax kereta dengan cepat dan terdapat banyak jenama dan jenis wax yang berlainan. Anda tidak perlu menggunakan terlalu banyak wax kerana ia boleh merosakkan cat. Adalah lebih baik jika anda menggunakan wax dengan lapisan yang nipis sahaja, walaupun menggunakan span atau kain lembut.
Jadi Apa yang Harus Anda Gunakan?
Penggunaan polish atau wax bergantung kepada keperluan kereta anda. Jika kereta anda mempunyai banyak calar atau karat maka polish akan menjadi produk pilihan. Wax membantu melindungi kereta dan membuatkan kereta anda berkilat dan bersinar. Anda perlu wax kereta anda sekurang-kurangnya setiap 3 bulan, tetapi polish hanya perlu dilakukan apabila anda melihat terdapat masalah calar-calar dan kotoran yang tidak dapat dihilangkan jika membasuh secara normal.
Akhirnya anda perlu cek kereta anda selepas mencuci sebelum anda wax untuk melihat adakah anda perlu menggunakan polish atau tidak. Dengan itu, untuk mengelakkan dari terdedahnya kepada calar dengan cepat, anda boleh meminimumkan kerosakan tersebut. Kesan gores yang tidak dirawat boleh menyebabkan karat dan akhirnya boleh membentuk lubang-lubang kecil.
Petua
Sebelum menggunakan sebarang jenis wax atau polish,  penting untuk anda test di tempat yang kecil dahulu. Bahan-bahan wax dan polish semuanya berbeza dan boleh menjejaskan cat kereta anda dengan cara yang berbeza.

Ingin kekalkan kecantikan luar dalam kereta anda seperti kereta baru? Mulakan penjagaan kereta anda secara DIY dengan bantuan kami di Vomaq Smart Shield. Produk VOMAQ telah berjaya mambantu ramai pemilik kereta di Malaysia! Dapatkan VOMAQ sekarang! di www.vomaq.com

Comments