Ramai yang inginkan cat kereta lama kereta mereka kelihatan seperti baru semula, tetapi tak tahu cara untuk lakukannya. Sebenarnya pelbagai jenis produk di luar sana boleh pulihkan semula cat kereta anda kembali seperti baru semula. Kereta hendaklah dibasuh dan aplikasikan wax di tempat yang teduh, permukaan kereta tidak terdedah dibawah sinaran panas matahari supaya mudah untuk proses mengilap.
Langkah 1: Membilas dengan Betul
Satu langkah yang selalu diabaikan oleh pemilik kereta adalah pentingnya mencuci kereta dengan bersih secara menyeluruh terlebih dahulu. Kereta mestilah dicuci untuk menghilangkan debu dan kotoran yang mungkin boleh menyebabkan kesan calar.
Langkah 2: Mencuci dan Mengeringkan
Ia perlu dicuci dengan menggunakan span khas untuk automotif dan menggunakan sabun yang dibuat khas untuk kegunaan automotif. Penggunaan sabun rumah seperti sabun cuci baju dan sebagainya yang kasar boleh menyebabkan kerosakan pada cat. Basuh dan bilas kereta, satu bahagian pada satu masa, bermula dengan bumbung. Sebaik sahaja kereta itu telah dibasuh dan dibilas, keringkan menggunakan kain microfiber khas automotif atau kain lembut.
Langkah 3: Membersihkan Cat
Sebuah kereta yang catnya teroksida teruk akan memerlukan produk yang dirumuskan untuk mengeluarkan pengoksidaan itu. Sesetengah syarikat membuat produk yang dipanggil 'paint cleaner' yang digunakan untuk menghilangkan kotoran dan kerosakkan pada permukaan cat selepas mencuci dan sebelum waxing atau polishing.
Sumber Gambar : car complaint by Julie M
Langkah 4: Menentukan antara Wax dan Polish
Wax dan polish datang dalam formula berbentuk cecair, krim dan semburan dan kadang datang dengan beberapa warna untuk menyamai warna cat kereta. Ini dapat membantu memperbaiki penampilan keseluruhan cat tersebut. Wax kereta biasanya dibuat daripada wax carnuba(sumber semulajadi) atau sintetik, dan ianya akan menghasilkan sinaran yang lebih baik daripada polish, ianya mesti selalu diguna semula. Polish kereta juga mungkin ada yang mengandungi wax, tetapi biasanya polish mengandungi polimer yang lebih baik mengikut cat dan memberikan perlindungan yang lebih baik. Sesetengah orang mengesyorkan supaya polish kereta terlebih dahulu dan kemudian baru wax, idea itu mengatakan bahawa polish itu memberikan perlindungan tambahan, sementara lapisan wax akan memberikan finishing yang lebih bersinar. Cat kereta yang telah pudar dapat manfaat paling banyak dari polish dan wax.
Langkah 5: Menggunakan Wax atau Polish kereta
Banyak kedai Spa kereta profesional menggunakan mesin polish pemutar ketika proses wax atau polish. Walau bagaimanapun, jika tidak dilakukan dengan betul, mesin polish itu sebenarnya boleh merosakkan cat dan ada dalam beberapa kes sehingga mengeluarkan cat. Wax atau polish kereta hendaklah digunakan dalam gerakan bulatan untuk satu bahagian pada satu masa. Kebanyakan produk automotif seperti wax dan polish akan memberikan kesan seperti jerebu sebelum menghilangkannya semula. Sebaik sahaja produk itu telah dalam keadaan seperti jerebu, maka ia boleh dihilangkan dengan menggunakan kain lembut atau kain microfiber. Hilangkannya menggunakan kaedah gerakan bulat secara berterusan.
Mengembalikan cat kereta lama sebenarnya semudah dengan hanya mencuci dengan teliti dan menggunakan polish atau wax berkualiti tinggi. Penjagaan yang betul akan memastikan cat kereta lama dilindungi dan secara drastik memperbaiki penampilannya.
Comments
Post a Comment